Rancangan untuk
menubuhkan sekolah ini, yang dinamakan SRK Ulu Entaih, telah bermula sejak
tahun 1961. Sekolah Rendah Kerajaan Ulu
Entaih telah ditubuhkan pada tahun 1962. Orang yang bertanggungjawab dalam
penubuhannya adalah terdiri daripada orang tempatan yang diketuai oleh En.
Limbai ak. Ganya. Mereka telah meminta bantuan
daripada Mr. John Kennedy Wilson,
atau nama singkatannya J.K. Wilson, seorang sukarelawan dari Scotland yang
telah menubuhkan sebuah sekolah di muara Sungai Entaih yang dinamakan SRK Ng. Entaih dalam tahun 1957.
Untuk memulakan
pembinaan SRK Ulu Entaih ini, bangunan pertama telah dibina oleh penduduk
tempatan dengan menggunakan bahan binaan tempatan yang terdiri daripada
kayu-kayan. Bangunan tersebut dibina secara gotong royong. Tapak bangunan ialah
diatas bukit. Pada tahun 1965, Kanowit District Council telah mengambil alih
pentadbiran sekolah pada keseluruhannya. Dua buah bangunan baru telah dibina iaitu bangunan sekolah dengan pejabat Guru
besar dan satu unit rumah guru berkembar yang dipanggil
”Council Quarters”.
Apabila jumlah
murid bertambah pihak sekolah memohon peruntukan untuk membina beberapa blok
kelas dan rumah guru secara bergotong royong. Semenjak sekolah dibawah
pentadbiran Jabatan pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia, keadaan
fizikal sekolah mula beransur-ansur berubah. Pada tahun 1998 Jabatan Pendidikan
telah membina kuaters guru kelas F dan asrama baru dengan dibiayai oleh “Bank
Dunia”. Pada tahun 2002 kerajaan telah meluluskan pembinaan tiga blok rumah guru
yang dibina oleh pihak Sebiro Holdings Sdn. Bhd. Dan pada tahun itu juga sebuah
kelas Pra-sekolah telah dibina dan mula beroperasi pada tahun 2003.
Di awal pembukaan
SRK Ulu Entaih pada tahun 1962, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru sahaja
dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 30 orang yang berusia sekitar 14
hingga 20 tahunSetelah kerajaan merubah dasar had umur pelajar di sekolah rendah dari 7 tahun
hingga 12 tahun maka tiada lagi pelajar yang melebihi had umur tersebut
bersekolah.Dasar itu terpakai sehingga ke hari ini. Peranan
PIBG banyak membantu dalam usaha membangunkan sekolah ini. Di
bawah pentadbiran Kanowit District Council bilangan guru ditambah disebabkan
bilangan murid semakin bertambah. Seterusnya di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia SK Ulu Entaih, terus berkembang baik dari sudut prasarana mahupun
kakitangan sekolah dan pelajarnya.
No comments:
Post a Comment