Wednesday, 2 October 2013
Wednesday, 28 August 2013
Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
NAMAMU DISANJUNG…
BERDISIPLIN DIUTAMA…
BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA…
ITULAH YANG KAMI TANAMKAN…
NAMAMU MENGUNTUM BERSERI…
DISIRAM BAKTI SETIA…
BELAJAR… BERSOPAN AMALAN…
ITULAH YANG KAMI TANAMKAN...
DI SK ULU ENTAIH…
KAMI BERIKRAR… BERIKRAR…
KAMI INGINKAN… KEMAJUAN…
KAMI INGINKAN… KEJAYAAN…
BERSATU… BERUSAHA BERJAYA…
Objektif dan Matlamat
OBJEKTIF SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU ENTAIH MEMPUNYAI OBJEKTIF BERIKUT DALAM MENENTUKAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI YANG MAJU DAN BERDAYA SAING.
1. Setiap kakitangan komited terhadap tugas.
2. Setiap pelajar dapat merasakan sekolah sebagai syurga.
3. Setiap pelajar berjaya dalam pelajaran.
4. Keputusan peperiksaan UPSR sentiasa meningkat.
5. Tiada sifar peratus dalam semua peperiksaan.
6. Tiada buta huruf dan angka pada akhir tahap satu persekolahan.
7. Mempunyai pelajar yang seimbang dari segi fizika,mental dan rohani.
8. Mencapai prestasi terbaik dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum.
MATLAMAT SEKOLAH
SEJAJAR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN
DASAR PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU ENTAIH BERUSAHA UNTUK MEMPERTINGKATKAN MUTU :
- Perkhidmatan Pelajaran yang diberi dan disediakan.
- Profesionalisme semua kakitangan sekolah.
- Alam dan budaya kerja.
- Pengurusan sekolah.
- Sahsiah dan pencapaian akademik pelajar.
Slogan, Ikrar & Wawasan
SLOGAN/MOTO SEKOLAH
GURU CEMERLANG,
PELAJAR TERBILANG,
SEKOLAH GEMILANG
IKRAR SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan
Ulu Entaih, Julau komited
menyediakan
pendidikan yang berkualiti dan terbaik kepada anak-anak didik dengan memberikan
peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu mereka selaras
dengan
Falsafah Pendidikan
Negara.
Sekolah Kebangsaan
Ulu Entaih mempunyai kebolehan dan keupayaan serta komitmen
untuk memberikan pendidikan berkualiti dan
terbaik kepada setiap pelajar yang diamanahkan
kepada mereka.
WAWASAN SEKOLAH
Sekolah kita akan menjadi
pusat pengajian komuniti dimana
setiap kanak-kanak gemar ke sekolah dan menguasai kemahiran asas. Ibu bapa akan
terlibat dalam program pendidikan untuk kemajuan anak-anak.
Tuesday, 27 August 2013
Visi dan Misi
VISI SEKOLAH
SESUATU ORGANISASI
YANG BERWIBAWA
DAN UNGGUL DALAM SEMUA ASPEK
PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN
MISI SEKOLAH
MEMASTIKAN PENGURUSAN SEMUA ASPEK PERKHIDMATAN PELAJARAN DISEKOLAH DILAKSANAKAN SECARA
PALING BERKESAN
UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN
PADA TAHUN 2015
Sejarah
Rancangan untuk
menubuhkan sekolah ini, yang dinamakan SRK Ulu Entaih, telah bermula sejak
tahun 1961. Sekolah Rendah Kerajaan Ulu
Entaih telah ditubuhkan pada tahun 1962. Orang yang bertanggungjawab dalam
penubuhannya adalah terdiri daripada orang tempatan yang diketuai oleh En.
Limbai ak. Ganya. Mereka telah meminta bantuan
daripada Mr. John Kennedy Wilson,
atau nama singkatannya J.K. Wilson, seorang sukarelawan dari Scotland yang
telah menubuhkan sebuah sekolah di muara Sungai Entaih yang dinamakan SRK Ng. Entaih dalam tahun 1957.
Untuk memulakan
pembinaan SRK Ulu Entaih ini, bangunan pertama telah dibina oleh penduduk
tempatan dengan menggunakan bahan binaan tempatan yang terdiri daripada
kayu-kayan. Bangunan tersebut dibina secara gotong royong. Tapak bangunan ialah
diatas bukit. Pada tahun 1965, Kanowit District Council telah mengambil alih
pentadbiran sekolah pada keseluruhannya. Dua buah bangunan baru telah dibina iaitu bangunan sekolah dengan pejabat Guru
besar dan satu unit rumah guru berkembar yang dipanggil
”Council Quarters”.
Apabila jumlah
murid bertambah pihak sekolah memohon peruntukan untuk membina beberapa blok
kelas dan rumah guru secara bergotong royong. Semenjak sekolah dibawah
pentadbiran Jabatan pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia, keadaan
fizikal sekolah mula beransur-ansur berubah. Pada tahun 1998 Jabatan Pendidikan
telah membina kuaters guru kelas F dan asrama baru dengan dibiayai oleh “Bank
Dunia”. Pada tahun 2002 kerajaan telah meluluskan pembinaan tiga blok rumah guru
yang dibina oleh pihak Sebiro Holdings Sdn. Bhd. Dan pada tahun itu juga sebuah
kelas Pra-sekolah telah dibina dan mula beroperasi pada tahun 2003.
Di awal pembukaan
SRK Ulu Entaih pada tahun 1962, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru sahaja
dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 30 orang yang berusia sekitar 14
hingga 20 tahunSetelah kerajaan merubah dasar had umur pelajar di sekolah rendah dari 7 tahun
hingga 12 tahun maka tiada lagi pelajar yang melebihi had umur tersebut
bersekolah.Dasar itu terpakai sehingga ke hari ini. Peranan
PIBG banyak membantu dalam usaha membangunkan sekolah ini. Di
bawah pentadbiran Kanowit District Council bilangan guru ditambah disebabkan
bilangan murid semakin bertambah. Seterusnya di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia SK Ulu Entaih, terus berkembang baik dari sudut prasarana mahupun
kakitangan sekolah dan pelajarnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
