Wednesday, 28 August 2013

Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH


NAMAMU DISANJUNG…
BERDISIPLIN DIUTAMA…
BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA…
ITULAH YANG KAMI TANAMKAN…

NAMAMU MENGUNTUM BERSERI…
DISIRAM BAKTI SETIA…
BELAJAR… BERSOPAN AMALAN…
ITULAH YANG KAMI TANAMKAN...

DI SK ULU ENTAIH…
KAMI BERIKRAR… BERIKRAR…
KAMI INGINKAN… KEMAJUAN…
KAMI INGINKAN… KEJAYAAN…
BERSATU… BERUSAHA BERJAYA…

Objektif dan Matlamat

OBJEKTIF SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU ENTAIH MEMPUNYAI OBJEKTIF BERIKUT DALAM MENENTUKAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI YANG MAJU DAN BERDAYA SAING.
1.  Setiap kakitangan komited terhadap tugas.
2. Setiap pelajar dapat merasakan sekolah sebagai syurga.
3.  Setiap pelajar berjaya dalam pelajaran.
4.  Keputusan peperiksaan UPSR sentiasa meningkat.
5.  Tiada sifar peratus dalam semua peperiksaan.
6.  Tiada buta huruf dan angka pada akhir tahap satu persekolahan.
7.  Mempunyai pelajar yang seimbang dari segi fizika,mental dan rohani.
8.  Mencapai prestasi terbaik dalam bidang kurikulum
               dan kokurikulum.


MATLAMAT SEKOLAH

SEJAJAR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN
DASAR   PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU ENTAIH BERUSAHA UNTUK MEMPERTINGKATKAN MUTU :
               

  • Perkhidmatan Pelajaran yang diberi dan disediakan.  
  • Profesionalisme semua kakitangan sekolah.
  • Alam dan budaya kerja.
  • Pengurusan sekolah.
  • Sahsiah dan pencapaian akademik pelajar.

Slogan, Ikrar & Wawasan

SLOGAN/MOTO SEKOLAH

GURU CEMERLANG, 
PELAJAR TERBILANG, 
SEKOLAH GEMILANG


IKRAR SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih, Julau komited
menyediakan pendidikan yang berkualiti dan terbaik kepada anak-anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu mereka selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih mempunyai kebolehan dan keupayaan serta komitmen
 untuk memberikan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada setiap pelajar yang diamanahkan
kepada mereka.

WAWASAN SEKOLAH

Sekolah kita akan menjadi
 pusat pengajian komuniti dimana setiap kanak-kanak gemar ke sekolah dan menguasai kemahiran asas. Ibu bapa akan terlibat dalam program pendidikan untuk kemajuan anak-anak.


Tuesday, 27 August 2013

Visi dan Misi

VISI SEKOLAH

SESUATU ORGANISASI YANG BERWIBAWA
DAN UNGGUL DALAM SEMUA ASPEK
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

MISI SEKOLAH

MEMASTIKAN PENGURUSAN SEMUA ASPEK PERKHIDMATAN  PELAJARAN DISEKOLAH DILAKSANAKAN SECARA PALING BERKESAN
UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN
PADA TAHUN  2015

Sejarah

Rancangan untuk menubuhkan sekolah ini, yang dinamakan SRK Ulu Entaih, telah bermula sejak tahun 1961. Sekolah Rendah Kerajaan  Ulu Entaih telah ditubuhkan pada tahun 1962. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhannya adalah terdiri daripada orang tempatan yang diketuai oleh En. Limbai ak. Ganya. Mereka telah meminta bantuan  daripada Mr. John Kennedy Wilson, atau nama singkatannya J.K. Wilson, seorang sukarelawan dari Scotland yang telah menubuhkan sebuah sekolah di muara Sungai Entaih yang dinamakan SRK Ng. Entaih dalam tahun 1957.

Untuk memulakan pembinaan SRK Ulu Entaih ini, bangunan pertama telah dibina oleh penduduk tempatan dengan menggunakan bahan binaan tempatan yang terdiri daripada kayu-kayan. Bangunan tersebut dibina secara gotong royong. Tapak bangunan ialah diatas bukit. Pada tahun 1965, Kanowit District Council telah mengambil alih pentadbiran sekolah pada keseluruhannya. Dua buah bangunan baru telah dibina  iaitu bangunan sekolah dengan pejabat Guru besar dan satu unit rumah guru berkembar yang dipanggil ”Council Quarters”.

Apabila jumlah murid bertambah pihak sekolah memohon peruntukan untuk membina beberapa blok kelas dan rumah guru secara bergotong royong. Semenjak sekolah dibawah pentadbiran Jabatan pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia, keadaan fizikal sekolah mula beransur-ansur berubah. Pada tahun 1998 Jabatan Pendidikan telah membina kuaters guru kelas F dan asrama baru dengan dibiayai oleh “Bank Dunia”. Pada tahun 2002 kerajaan telah meluluskan pembinaan tiga blok rumah guru yang dibina oleh pihak Sebiro Holdings Sdn. Bhd. Dan pada tahun itu juga sebuah kelas Pra-sekolah telah dibina dan mula beroperasi pada tahun 2003.


Di awal pembukaan SRK Ulu Entaih pada tahun 1962, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru sahaja dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 30 orang yang berusia sekitar 14 hingga 20 tahunSetelah  kerajaan merubah dasar had  umur pelajar di sekolah rendah dari 7 tahun hingga 12 tahun maka tiada lagi pelajar yang melebihi had umur tersebut bersekolah.Dasar itu terpakai sehingga ke hari ini. Peranan PIBG banyak membantu dalam usaha membangunkan sekolah ini.  Di bawah pentadbiran Kanowit District Council bilangan guru ditambah disebabkan bilangan murid semakin bertambah. Seterusnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia SK Ulu Entaih, terus berkembang baik dari sudut prasarana mahupun kakitangan sekolah dan pelajarnya.